Al-Qassam berjaya bangunkan 2 peluru berpandu

HARAKAHDAILY | .

Briged Izzuddin Al-Qassam menyatakan bahawa mereka telah berjaya membangunkan 2 peluru berpandu baharu yang siap dilesakan ke wilayah Zionis Israel, jika bangsa Yahudi tersebut kembali menyerang Jalur Gaza.

Pernyataan itu disampaikan jurucakap Izzuddin Al Qassam, Abu Ubaidah, dalam peringatan satu tahun kemenangan pejuang Palestin atas pencerobohan tentera Zionis Israel pada tahun 2014 lalu, yang digelar Medan Palestin di Gaza Tengah.

Dalam sambutannya, Abu Ubaidah memberitah, Hamas kini mempunyai 2 peluru berpandu baru yang diberi simbol huruf SH dan A di mana SH diambil daripada nama syahid Mohammad Abu Shamala, dan A dari Syahid Raed Attar.

Menurut beliau, kedua-duanya adalah komander senior Al-Qassam yang syahid dalam menentang pencerobohan penjajah Israel.

"Kami tidak akan menerangkan kekuatan 2 peluru berpandu ini, biarkan masa dan Zionis Israel yang menentukan keberkesanan prestasi dan kekuatan peluru berpandu baru ini," ujar beliau dipetik laman Eramuslim.

Majlis Hak Asasi Manusia PBB dalam laporannya menyatakan bahawa Zionis Israel sekurang-kurangnya bertanggung jawab atas 1,462 orang awam yang terbunuh, termasuk 550 kanak-kanak dalam 51 hari pencerobohan ketenteraan ke Jalur Gaza yang berakhir pada 26 Ogos 2014.

Share on Myspace