Tak boleh berbangga dengan apa dilakukan oleh bapa

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Di dalam perjuangan kita tidak boleh berbangga dengan apa yang dilakukan oleh bapa kita semata-mata," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Ini, katanya kerana perjuangan bukan lahir di kilang cetak tetapi ia mesti melalui proses yang panjang.

"Kita mesti membina keupayaan yang Allah berikan untuk membina kekuatan sendiri untuk menjadi hebat seperti bapa dan orang yang terdahulu daripada kita," tulisnya menerusi facebook.

Beliau juga menyebut bahawa sudah lama musuh PAS hendak memadamkan perjuangan PAS.

Tambahnya, tiada siapa berhak untuk menentukan hala tuju PAS.

Beliau menjelaskan bahawa PAS ada dasar yang tidak pernah longgar sama ada ketika menang atau kalah.

Katanya, strategi boleh berubah berdasarkan keperluan dan waqi' semasa, tetapi dasar tidak boleh bertolak ansur.

"Tidak mengapa hari ini orang tolak, mungkin akan datang orang terima. Lumrah perjuangan Islam," ujarnya. - HARAKAHDAILY 12/7/2015

Share on Myspace