Islam jadi pilihan golongan muda di China

HARAKAHDAILY | .

Sungguh Ironis. Selama ini berita tentang penindasan kerajaan komunis China terhadap Muslim Uighur menghiasi banyak media, namun diam-diam di dalam tubuh rakyat China sendiri, Islam tengah tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Dan hebatnya, Islam berkembang dalam kalangan usia produktif, yakni usia bawah 30 tahun.

Menurut kaji selidik yang dilakukan Sekolah Tinggi Falsafah di Renmin University of China, Islam mempunyai jumlah pengikut terbesar dari kalangan warga China di bawah umur 30 tahun, melebihi agama Buddha dan Katolik di negara terbesar di Asia itu.

"Islam cenderung mempunyai demografi yang lebih muda," kata Wei Dedong, profesor kajian agama Buddha di Sekolah Tinggi Falsafah di Renmin University of China, yang mengambil bahagian dalam pemerhatian itu, kepada Global Times, seperti yang dimuat oleh OnIslam.net.

Menurut Wei, majoriti Muslim di China berasal dari kumpulan etnik minoriti, dan biasanya seorang muslimah dari kumpulan itu melahirkan beberapa anak.

"Anak-anaknya juga akan menjadi Muslim sementara sangat jarang untuk mencari orang dewasa berpindah kepada Islam," ujarnya dipetik laman Eramuslim.

Berdasarkan kaji selidik agama PRC 2015, Islam mempunya jumlah pengikut tertinggi dari kalangan anak muda.

Kira-kira 22.4 peratus daripada mereka berusia di bawah 30 tahun. Selepas Islam, diikuti Katolik dengan 22 peratus.

Sementara itu, lebih dari separuh penduduk China berusia lebih 60 tahun memeluk agama Buddha dan Taoisme. Kajian itu dilakukan terhadap 4,382 orang di lokasi keagamaan di 31 wilayah yang dikumpulkan pada 2013 hingga 2015.

Beberapa bulan yang lalu, sebuah kajian baru mendapati bahawa jumlah umat Islam dijangka akan melampaui orang Kristian sebanyak 1 peratus selepas 2070.

Menurut kajian tersebut, jumlah umat Islam akan hampir sama dengan umat Kristian pada pertengahan abad ini, dengan peningkatan 30 peratus penganut Islam.

Share on Myspace