Bukan kenderaan milik, rasmi MB Kelantan

HARAKAHDAILY | .

Sedang diviral di beberapa laman facebook dan WhatsApp berkaitan sebuah kenderaan yang memakai nombor pendaftaran WSN 95 dan dikaitkan dengan kenderaan rasmi YAB Menteri Besar Kelantan.

Saya menafikan kenderaan tersebut milik YAB Ustaz Datuk Haji Ahmad Yakob, begitu juga ianya bukan kenderaan rasmi untuk kegunaan YAB Menteri Besar.

Bahkan YAB Ustaz Datuk sangat bersederhana dan kadang-kadang beliau sendiri yang memandu kenderaannya ke beberapa lokasi program.

Malah, beliau juga kerap berbasikal khasnya ketika berulang-alik untuk ke masjid berhampiran.

MOHD ASRI MAT DAUD
Setiausaha Akhbar YAB Menteri Besar Kelantan

 

Share on Myspace