PAS Wilayah Persekutuan santuni warga Harakah

SALMIYAH HARUN | FOTO WAN ZAHARI | .

KUALA LUMPUR: Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan hari ini bertandang ke pejabat Harakah dengan memberi sumbangan duit raya kepada  warga kerja ibu pejabat Harakah, di sini.

Rombongan yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor Mohamad sebagai tanda kebersamaan mereka serta sokongan kepada kakitangan Harakah yang menjadi wadah kepada parti sejak sekian lama.

"Kunjungan kami ini untuk zahirkan rasa gembira kepada warga Harakah, bahawa kejayaan Harakah banyak bergantung kepada saudara-saudari. Berjaya menampilkan Harakah hasil kerja kita.

"Saya nampak mutakhir ini penampilan Harakah ada kelainan. Kakitangan yang ada di depan saya ini adalah aset Harakah," katanya dalam satu majlis ringkas di MyHarakah Bazaar tengah hari ini.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Timbalan Pesuruhjaya, Ustaz Azhar Yahya dan Kamaruzaman Mohamad, Ketua Muslimat PAS Wilayah, Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta beberapa kepimpinan.

Terdahulu PAS Wilayah turut menyantuni kakitangan Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut. - HARAKAHDAILY 13/7/2015 

Share on Myspace