Turki bantu bangun syarikat pembekalan air Gaza

HARAKAHDAILY | .

SEBUAH organisasi Turki dikhabarkan telah membantu membiayai pembangunan dan pembangunan stesen penyahgaraman Gaza.

Stesen itu berfungsi menghilangkan kadar garam yang berlebihan dalam air laut agar dapat digunakan.

Pembukaan stesen penyahgaraman itu dilakukan di kem pelarian Shati yang berada berhampiran laut Mediterranean di barat bandar Gaza.

Kem pelarian Shati merupakan kem pelarian terbesar kedua di Jalur Gaza, PIC melaporkan.

"Pembangunan stesen penyahgaraman di kem pelarian Shati ini dilakukan di tengah-tengah tingginya kadar garam dalam air dan kesan negatifnya bagi kehidupan rakyat," ujar Ketua Dewan Pengarah Pertubuhan Elrabat Turki Muhammad Hawazin dipetik laman Eramuslim.

Katanya, projek-projek yang dibiayai oleh organisasi Elrabat Turki itu akan menyediakan 25,000 liter padu air tawar pada setiap hari untuk keperluan penduduk di kem pelarian Shati.

"Air ini untuk memenuhi keperluan kira-kira 5,000 rakyat yang tingal berhampiran stesen," tambah Hawazin.

Lembaga Air Palestin menyatakan kira-kira 96% air tanah di Jalur Gaza, tidak layak diambil kerana di bawah standard antarabangsa.

Selain itu, rata-rata sumber air warga Gaza berada di wilayah Israel.

Share on Myspace