Umno Selangor politik biar bermaruah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Kenyataan Pengerusi Umno Selangor baru-baru ini agar Exco kerajaan negeri daripada PAS meletak jawatan seolah-olah menangguk di air yang keruh.

"Sekali lagi Umno Selangor kelihatan terdesak dan kehabisan isu untuk diketengahkan," kata Ketua Penerangan PAS negeri, Mohd Prasad Hanif

Beliau berkata, nampaknya Umno Selangor ingin menjadi kerajaan dengan bermain politik dan cuba menumbangkan kerajaan negeri secara muslihat.

Tegasnya, PAS Selangor ingin mengingatkan Umno negeri bahawa parti itu tidak lagi relevan di Selangor dan bakal menjadi sejarah lapuk di persada kebangsaan.

Katanya, sebelum membuat kenyataan berkenaan Pakatan Rakyat ataupun PAS, Umno Selangor perlu menjawab kepada seluruh rakyat berkenaan:

- Isu dana 1MDB

- Isu Dana 1MDB telah digunakan ketika PRU13 oleh Umno dan Barisan Nasional

- Isu FGV dan sahamnya yang merudum serta implikasi kepada peneroka yang terdiri rata-rata dari orang Melayu

- Isu tanah TRX yang dibeli oleh Tabung Haji daripada 1MDB - adakah ianya telah dijual?

Katanya, dengan begitu banyak isu moral, korupsi dan nepotisma yang melanda Umno, PAS Selangor merasakan Umno Selangor tidak layak status "moral high ground".

"Pada masa ini, Umno Selangor harus menjawab isu-isu di atas kerana ini adalah amanah daripada rakyat. Politik biar bermaruah," ujarnya. - HARAKAHDAILY 13/7/2015

Share on Myspace