Doa: Mesir larang Sheikh Jibril jadi imam, beri ceramah

HARAKAHDAILY | .

Menteri Wakaf Mesir memutuskan melarang Sheikh Mohammed Jibril dari kegiatan apapun di dalam masjid seperti menjadi imam solat ataupun memberikan ceramah, pasca mendoakan pemimpin zalim Mesir dalam kebinasaan pada solat tarawih di Masjid Amr bin Ash pada Isnin (13 Julai).

Dalam kenyataan Menteri Wakaf Dr Mohamed Mokhtar Juma menyatakan bahawa Sheikh Mohammed Jibril dilarang datang kembali ke Masjid Amr bin Ash, dan melakukan kegiatan apapun di masjid manapun sama ada menjadi imam, berceramah ataupun memberikan pelajaran agama, lapor laman Eramuslim.com.

Dr Mohamed Mokhtar Juma menambah, barang siapa yang membantu Sheikh Mohammed Jibril untuk menjadi imam atupun berceramah, maka pihak berkuasa Mesir akan bertindak tegas terhadap orang tersebut.

Tidak hanya sampai di situ, Dr Mohamed Mokhtar Juma menyatakan hukuman juga berlaku pada setiap ceramah Sheikh Mohammed Jibril di radio dan stesen melalui televisyen di Mesir, serta akan meminta secara rasmi kepada seluruh stesen televisyen di Timur Tengah untuk tidak mengundang beliau.

Perlu diketahui bahawa larangan ini bermula apabila Sheikh Mohammed Jibril melakukan doa qunut yang meminta pertolongan Allah Subhanahu wa Ta'ala dari penindasan para tentera dan Firaun di Mesir, pada malam 27 Ramadhan lalu.

Share on Myspace