Kemenangan anugerah Allah kepada umat Islam

HARAKAHDAILY | .

Alhamdulillah, setelah difardhukan berjuang mengekang hawa nafsu sebulan Ramadan, Allah SWT menerusi perundangan-Nya mngurniakan pula Idulfitri kepada umat Islam di seluruh dunia.

Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya mengecapi tarbiyyah Ramadan. Mudah-mudahan ia dapat meningkatkan iman, taqwa dan daya juang kita semata-mata kerana Allah jua. Justru itu memandu kita untuk meneruskan aktiviti kehidupan sejajar dengn titah perintah Allah SWT jua.

Islam juga mengajar kita bahawa Idulfitri adalah hari kemenangan anugerah Allah kepada umat Islam yang berjaya melawan hawa nafsunya di bulan Ramadan. Oleh itu pastikanlah sambutannya mengikut adab-adab Islam jua. Agar dengan itu umat Islam sentiasa terpelihara dan mendapat pahala serta kasih-sayang Allah SWT jua.

Pada kesempatan ini saya bagi pihak Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan selamat menyambut Idulfitri kepada seluruh umat Islam di mana saja berada serta memohon maaf zahir dan batin di atas segala kesalahan dan kekurangan kami.

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
1 Syawal 1435

Share on Myspace