Pemangkin untuk terus istiqamah hingga kemenangan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Semoga Ramadhan telah mendidik kita menjadi hamba yang soleh dan taat kepada Allah di dalam apa keadaan sekalipun," ujar Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Dipetik dari facebook beliau, Ahli Parlimen Bukit Gatang itu menambah, bekalan yang menjadi pemangkin untuk terus istiqamah sehingga kemenangan sama ada di dunia atau kemenangan dijauhkan daripada api neraka Allah SWT.

"Ambillah kesempatan Syawal ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan kaum kerabat serta sahabat handai kita yang mungkin lama terpisah kerana masing-masing merantau ke negeri orang.

"Janganlah kerana rancangan menarik di televisyen membuatkan kita hanya terpaku di rumah. Ziarahlah," tulis Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan menerusi facebook.

Beliau berkata, Hari Raya Aidil Fitri tidak hanya bergembira dengan sanak saudara yang berkumpul dan mengeratkan silaturahim seisi keluarga, tetapi juga menyemarakkan kasih sayang antara keluarga yang diwaqafkan untuk Islam dan perjuangannya. - HARAKAHDAILY 18/7/2015

Share on Myspace