Mesej mengenai GHB bukan mengenai saya - Dr Halimah

HARAKAHDAILY | .

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Dalam kesibukan menyambung silaturahim di kalangan ahli keluarga sempena lebaran Syawal 1436H, saya dihujani mesej persoalan sensasi meminta saya mengesahkan sama ada benar atau tidak mesej yang telah diviralkan.

Saya selaku orang yang berpegang pada prinsip, kalkulatif yakni berhati-hati dalam segala pertimbangan, menghargai kepercayaan pengundi PRU13 dengan ini menegaskan mesej mengenai GHB itu adalah BUKAN mengenai diri saya.

Sekian, harap maklum.

YB DR HALIMAH ALI
Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
2 Syawal 1436H
18 Julai 2015

Share on Myspace