Bimbang dikoyaknya pula sijil Harapan Baru

HARAKAHDAILY | .

Ustaz Nik Mohamad Abduh ada berpesan kepada kami, jika pun kita buat keputusan meninggalkan jamaah lain untuk sertai PAS atas apa-apa sebab pun, janganlah kita menempelak atau men'discredit' jamaah yang lama. Hentam individu jamaah, koyak atau bakar sijil dan apa-apa yang menggambarkan kecelakaan sejarah lampau kita itu.

Bersyukurlah di atas masa muda kita yang ditaufikkan Allah untuk jalani proses tarbiyah melalui mana-mana jamaah Islam pun. Ia jangan disesali. Ia nikmat besar daripada Allah.

Perubahan selepas itu adalah sunnah kehidupan. Ia bergantung kepada tahap kedalaman ilmu, pengalaman hidup dan persekitaran semasa yang wujud.

Justeru saya kira, janganlah ditulis dan diceritakan hal-hal koyak sijil PAS ni kawan-kawan, semata-mata nak sokong Harapan Baru. Saya bimbang tak lama nanti, dikoyaknya pula sijil Harapan Baru tu. Ustaz Nik kata, ia hakikatnya penyakit dalam diri sendiri bukan penyakit yang datang dari mana-mana jamaah.

Simpan sijil jamaah kita ya. Ia memori manis kehidupan. - HARAKAHDAILY 19/7/2015

Yusuf Assiddiq Ahmad Sharqowi
Exco Dewan Pemuda PAS Kawasan Batu

Share on Myspace