SKMM sekat laman sesawang The Sarawak Report

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memutuskan untuk menyekat laman sesawang yang boleh mengganggu-gugat kestabilan negara, iaitu The Sarawak Report kerana telah memaparkan kandungan yang masih tidak dapat dipastikan kesahihannya dan sedang dalam siasatan, setelah menerima maklumat dan aduan daripada orang ramai.

SKMM dalam kenyataan semalam menyatakan sekatan terhadap laman sesawang The Sarawak Report itu juga dibuat mengikut peruntukan sedia ada dalam Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan tempoh sekatan terhadap laman sesawang berkenaan berkuatkuasa untuk sementara waktu sehingga tamatnya siasatan yang dilakukan oleh Pasukan Petugas Khas.

"Sehubungan itu, SKMM ingin memperingatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di laman sosial, terutamanya kandungan yang tidak dapat dipastikan kesahihannya, lantaran ia mungkin kandungan palsu," ujar SKMM dalam kenyataan yang dikeluarkan di Cyberjaya itu.

Kenyatan itu menambah, kandungan sedemikian dikhuatiri boleh mewujudkan keadaan tidak tenteram dan seterusnya menganggu-gugat kestabilan negara, ketenteraman awam dan kestabilan ekonomi. - HARAKAHDAILY 20/7/2015

Share on Myspace