Apa orang hendak kata terpulang - Idris

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Semoga Allah beri saya istiqamah bersama PAS. Apa orang hendak kata terpulang," tulis Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad menerusi facebook.

Menurutnya, sudah lama orang yang tidak suka kepada PAS kata dekat PAS.

"Ekstrem, Syiah, Wahabi, pelampau, takfir, jumud, tidak faham waqi', jahil politik, tidak faham maqasid, fikiran tertutup, hendak buat revolusi, parti ceramah, pemimpin tidak ada tarbiah, sistem tarbiah lemah, PAS parti pak lebai dan lain-lain lagi.

"Insya Allah PAS terus evergreen," tambahnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Oleh itu, ujarnya Islam hendaklah diletakkan lebih utama daripada nyawa, akal, keturunan dan harta.

Walaupun perkara ini penting, kata beliau namun Islam lebih penting daripada segala-galanya.

Tambah beliau lagi, tidak ada makna tanpa Islam, kerana segala kepentingan yang dipelihara tanpa Islam tidak pernah membawa kebaikan kepada manusia. - HARAKAHDAILY 20/7/2015

Share on Myspace