Buat sahabat yang makin jauh tinggalkan bahtera PAS

TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Secebis ingatan buat sahabat yang semakin jauh meninggalkan bahtera perjuangan PAS.

Jangan melampau menghina PAS, kerana PAS lah kamu dikenali umum.

Jangan melampau menghina PAS, kerana parti inilah membesar dan mentarbiyah sehingga kita memahami perjuangan Islam dan berjuang bersamanya.

Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas parti inilah kita diberi tempat bertanding dan memenangi pelbagai gelaran dan jawatan.

Jangan melampau menghina parti ini, kerana atas nama parti PAS lah kamu menjadi YB dan menikmati elaun, gaji dan pencen.

Jangan melampau menghina parti ini kerana ribuan ahli yang ikhlas berjuang tanpa mendapat kesenangan sebagaimana yang kamu kecapi.

Jangan melampau menghina parti ini, kerana dengan parti inilah kamu mengecapi erti ukhuwah dalam berjamaah.

Jangan melampau menghina parti ini, hanya semata-mata kamu sudah tidak berkenan kepadanya.

Namun gunalah gaji, elaun dan pencenmu. Semoga setiap kali kamu menerimanya, kamu akan ingat bahawa inilah hasil jerih perit ahli parti yang kamu cerca ini berkorban bagi memenangimu.

Jangan melampau membenci parti ini, kerana rakyat sedang menilai bagaimana sikap kita, dan bagaimana kesudahan hidup kita di dunia ini.

Senyum melihat gelagat manusia. Hebatnya pengajaran Ilahi. - HARAKAHDAILY 21/7/2015

Share on Myspace