RM1.69 bilion disalur kepada Air Selangor

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM1.69 billion nilai pajakan dari Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) dijangka akan disalurkan kepada Air Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Zaidy Abdul Talib, berkata perbincangan juga akan dimulakan minggu ini atau minggu hadapan, lapor Selangor Kini.

Katanya, nilai aset keseluruhan juga dijangka tidak berubah iaitu RM9.65 billion.

“Apa yang penting ialah wang pajakan dari PAAB dapat digunakan untuk industri air Selangor apabila perbincangan selesai.

“Dengan wang itu, kita akan gunakan bagi membeli ekuiti ketiga-tiga syarikat konsesi iaitu Syarikah Bekalan Air Selangor (SYABAS), Konsortium Abbas Sdn Bhd (ABBAS) dan Puncak Niaga Sdn Bhd,” katanya kepada Selangor Kini.

Terdahulu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pertemuan dengan Perbadanan Aset Air Berhad (PAAB) bagi menentukan jumlah aset yang dipajakkan kepada negeri itu.

Katanya, ia perlu diselesaikan dalam tempoh 60 hari selepas perjanjian penstrukturan semua industri air negeri itu dimuktamadkan, pada 10 Julai lalu.

Share on Myspace