Najib saman Harakahdaily, mengapa tak saman WSJ?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih berdolak-dalik dalam mengemukakan saman malu terhadap Wall Street Journal (WSJ) sebagaimana yang dilakukannya kepada Harakahdaily?" tanya Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Walhal, katanya impak yang dikemukakan WSJ dalam Bahasa Inggeris dibaca di seluruh dunia dibandingkan impak artikel Harakahdaily dalam Bahasa Melayu yang hanya dibaca rata-rata rakyat Malaysia.

Malah, ujar beliau artikel di WSJ bukan sahaja mencemar imej Najib, malah negara kerana kedudukannya sebagai Perdana Menteri.

"Atau sebenarnya tindakan memohon penjelasan daripada WSJ hanya sekadar membeli masa untuk menimbulkan isu sensasi yang baru seperti  bagi mengalih rakyat daripada apa yang ditimbulkan WSJ?

"Apakah akan ada dakwaan balas bahawa WSJ juga melaporkan sesuatu berdasarkan maklumat yang telah diubahusai?" tanya beliau dalam satu kenyataan.

Justeru, kata beliau Najib tidak boleh berdalih lagi.

"Jika melibatkan beliau sahaja, tak apa. Tapi kesan kontroversi ini kini dirasai seluruh rakyat jelata dengan impaknya terhadap keyakinan negara dan juga nilai Ringgit," katanya lagi. - HARAKAHDAILY 24/7/2015

Share on Myspace