Indahnya berjemaah

. | .

PERBUATAN maksiat melahirkan maksiat yang lain. Kali pertama melakukannya hati pasti tidak berasa aman, namun setelah beberapa kali dilakukan, maksiat mula menjadi biasa sahaja. Semakin maksiat dipandang kecil oleh kita, semakin ia membesar di sisi Allah SWT. Ianya menjadi titik hitam di dalam diri kita yang menyebabkan hati jauh dari Allah SWT. Walau bagaimanapun kita berasa berat dan Teks Khutbah Jumaat Indahnya Berjemaah sering bertangguh untuk bertaubat dan beristighfar di kala mempunyai waktu. Justeru, rebutlah peluang keemasan pada hari yang mulia ini, dengan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dan memperbanyakkan istighfar kepada-Nya. Mudah-mudahan, hati ini kembali bersih dan bersinar daripada hati berpenyakit yang menjejaskan amalan harian kita.

Pada hari yang mulia ini, marilah sama-sama kita menghayati khutbah yang bertajuk: ‘Indahnya Berjemaah’.

Setiap kali apabila azan dilaungkan di Masjidil Haram ataupun Masjid Nabawi, penuh rasa kekaguman kepada umat ini. Jutaan manusia pelbagai negara dan bangsa, latar pendidikan dan budaya, dengan pelbagai gaya bergegas menuju ke Masjid untuk menunaikan solat secara berjemaah. Mereka berdiri membentuk saf solat dengan penuh disiplin. Tiada beza antara golongan bangsawan dan golongan bawahan, golongan belia dan golongan yang sudah berumur, dalam mengambil tempat dalam saf-saf solat. Terzahir kekuatan dan kesatuan umat Islam yang sangat digeruni oleh musuh. Betapa hebatnya agama ini melalui solat berjemaah yang menghimpunkan dan mendisiplinkan manusia.

Namun malang sekali di negara kita, keadaan ini sering diambil mudah dan kurang mendapat sambutan daripada masyarakat. Mengerjakan solat berjemaah di masjid seminggu sekali pada waktu Jumaat dianggap telah mencukupi oleh sesetengah umat Islam asalkan tidak meninggalkan rukun Islam yang kedua ini. Malah yang lebih menyedihkan, ada yang tidak mahu berjemaah disebabkan rasa tidak berpuas hati dengan orang-orang tertentu di surau atau masjid atas kepentingan peribadi.

Solat berjemaah adalah berkaitan dengan sistem hidup bermasyarakat dan membina kekuatan serta tamadun umat. Ianya melambangkan kemesraan, kerahmatan, kesatuan serta dapat mendidik manusia untuk berdisiplin di samping menghidupkan dan mengimarahkan Rumah Allah. Firman Allah SWT yang dibacakan pada permulaan khutbah tadi yang bermaksud:

“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk”.

Tidak ada satu bangsa yang boleh mencapai kemajuan jika mereka tidak bersatu dan bergerak mengikut satu haluan. Alangkah indahnya jika umat Islam memahami, bahawa solat berjemaah yang dilakukan di surau atau masjid itu bertujuan untuk merapatkan hubungan kasih sayang dan mengikat hubungan kesatuan, disamping dapat membentuk aktiviti-aktiviti pembangunan modal insan yang lain. Kita boleh bersatu dalam solat harian, solat Jumaat, dan lain-lain solat, tetapi mengapa kita tidak boleh membawa prinsip kesatuan hati dan iman ini di luar solat? Inilah kekuatan yang disediakan Islam kepada umatnya yang tidak ada pada yang lain. Berkata Dr. Yusof al-Qardawi di dalam bukunya “Ibadah fil Islam”:

“Dengan menunaikan solat berjemaah di masjid, menjadikan masjid tempat yang amat penting dalam Islam dan kehidupan muslim. Masjid Nabi adalah madrasah dakwah, demikian juga ianya adalah pejabat kerajaan. Masjid juga adalah tempat memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir dan menyebarkan berita-berita yang amat penting untuk masyarakat.”

Pelbagai ganjaran dan kelebihan yang Allah SWT sediakan kepada mereka yang melakukan solat berjemaah di surau atau masjid. Antaranya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Saidina Uthman Bin Affan RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ توََ ضَّأَ للِ صَّلاَةِ فأََسْبغََ الوْضُُوء،َ ثَُّم مَشى إلىَ ال صَّلاَةِ الْمكَْتوُ ةََِ، فصََلََّّ اهَا مَعَ النَّ اسِ أوْ مَعَ الْجمَاَعةَِ أوْ
فيِ الْمسَْجِدِ غَفَر الل ه لهَ ذُنوُ

Bermaksud: “Sesiapa yang berwuduk untuk menunaikan solat, lalu dia berwuduk dengan sempurna kemudian menuju ke masjid untuk solat fardhu, kemudian dia pun solat bersama-sama dengan orang ramai, atau berjemaah atau melakukannya di dalam masjid, maka Allah SWT mengampunkan dosa-dosanya”.

Kita perlu mengembalikan kekuatan yang tinggi nilainya ini di mata masyarakat. Tidak ada jalan pintas selain dari merealisasikan prinsip-prinsip berjemaah jika ingin mencapai kejayaan sebagai sebuah masyarakat bertamadun. Justeru, antara usaha yang patut diberi perhatian untuk menggalakkan solat berjemaah adalah seperti berikut:

Pertama: Memulakan amalan berjemaah daripada rumah Didikan ini hendaklah bermula dari rumah lagi. Sebagai ketua keluarga perlu berperanan mendisiplinkan ahli keluarga sendiri dengan solat berjemaah. Ingatilah peringatan Rasulullah SAW dan ganjaran yang disediakan Allah SWT sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, daripada Abu Hurairah RA berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

لوَْ يعَْلمَُ النَّ اسُ مَا فيِ الن دَِاءِ وَال ص فِ الْأَوَّ لِ ثَُّم لمَْ يَجِدُوا إَّل ا أنْ يسَْتَهمُِوا علَيَْ لَاسْت همَُوا. وَلوَْ يعَْلمَوُنَ مَا
فيِ الَّت هْجِيرِ لَاسْتبَقَُوا إليَْ وَلوَْ يعَْلمَوُنَ مَا فيِ العَْتمََةِ وَال صبْحِ لَأَتوَْه مُاَ وَلوَْ حَبْوًا

Maksudnya: “Sekiranya manusia mengetahui apa yang terdapat dalam seruan azan dan saf yang pertama, kemudian mereka tidak mendapatinya kecuali dengan cara undian nescaya mereka akan melakukannya. Jika manusia mengetahui kelebihan pergi awal untuk menunaikan sembahyang nescaya mereka akan bersegera, dan sekiranya manusia mengetahui apa yang ada pada sembahyang isyak dan subuh berjemaah nescaya mereka akan menghadirinya walau dengan merangkak ”.

Kedua: Menjadikan Surau atau masjid sebagai pusat aktiviti umat Islam Masjid perlu digerakkan dengan aktiviti bagi membantu membangunkan umat selagi tidak bercanggah dengan syarak. Justeru, ia perlu dibangunkan sebagai tempat yang mesra kepada semua lapisan masyarakat. Kempen solat berjemaah, kempen ekonomi muslim, festival dan lain-lain lagi patutnya diperluaskan. Tidak salah juga jika Masjid turut dijadikan tempat pertandingan sukaneka, futsal dan sukan lain yang sesuai bagi menarik minat golongan kanak-kanak dan remaja.

Ketiga: Menyedarkan diri dan masyarakat tentang kehebatan solat berjemaah. Subhanallah, hebatnya Solat berjemaah kerana di sebaliknya terkandung seribu hikmah. Bayangkan jika kita bersolat secara berjemaah sesungguhnya kita akan mendapat pahala seperti membuat haji, kita telah membuat sedekah bagi setiap langkah ke masjid untuk berjemaah dan kita akan mendapat ganjaran berganda 27
lebih dari solat sendirian.

Sedarlah, apabila umat islam memelihara solat berjemaah, ia mampu menggerunkan yahudi dan kafir, ia mampu menghidupkan syiar bermasyarakat islam dan pelbagai lagi perkara yang menjanjikan kebaikan pada diri ika kita solat berjemaah. Sebaliknya jika kita meninggalkan solat berjemaah, kita telah meninggalkan cara solat Rasulullah SAW dan kita sendiri telah menghilangkan semangat dalam bermasyarakat.

Mengakhiri khutbah pada hari ini, mimbar ingin kembali menyedarkan para Jemaah sekalian kepada beberapa perkara:

Pertama: Solat berjemaah adalah berkaitan dengan sistem hidup bermasyarakat dan membina kekuatan serta tamadun umat. Ianya melambangkan kemesraan, kerahmatan, kesatuan serta mendidik manusia untuk berdisiplin

Kedua: Pelbagai ganjaran dan kelebihan di dunia dan akhirat yang telah disediakan oleh Allah SWT kepada mereka yang melakukan solat berjemaah di surau atau masjid.

Ketiga: Pembangunan institusi solat berjemaah ini bermula daripada mendidik rohani dengan berjemaah, dan mengembalikan peranan surau atau masjid sebagai pusat umat Islam. Dengan ini, umat Islam akan menjadi umat contoh yang terbaik dan ikutan umat yang lain.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah ayat 143:

Maksudnya: “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. Dan Kami tidak menetapkan kiblat yang menjadi kiblatmu (sekarang) melainkan agar Kami mengetahui (supaya nyata) siapa yang mengikuti Rasul dan siapa yang membelot. Dan sungguh (pemindahan kiblat) itu terasa amat berat, kecuali bagi orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah; dan Allah tidak akan menyia-nyiakan imanmu. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang kepada manusia”.

Artikel di atas ialah teks khutbah Jumaat JAWI pada 24 Julai 2015M/ 8 Syawal 1436H

Share on Myspace