1MDB: KDN gantung The Edge tiga bulan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Terbitan The Edge Weekly dan The Edge Financial Daily telah digantung selama tiga bulan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), bermula 27 Julai ini.

Menurut surat yang telah dikeluarkan oleh KDN, penggantungan itu adalah berikutan laporan daripada kedua penerbitan tersebut yang mengulas mengenai 1MDB, yang dikatakan boleh mengganggu ketenteraman awam atau bersifat prejudis yang melibatkan kepentingan awam dan Negara.

Kegagalan dalam mematuhi arahan yang dikeluarkan, boleh menyebabkan permit terbitan yang dikatakan ditarik balik.

Penerbit dan Pengerusi Kumpulan The Edge Ho Kay Tat melahirkan rasa kecewa dengan keputusan KDN tersebut.

“Kami tidak nampak mengapa melalui pembongkaran berbilion ringgit wang rakyat Malaysia boleh dikatakan sebagai menggugat kepentingan awam dan Negara. Tindakan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk menyuruh kami senyap,” katanya.

Menurut Ho, The Edge akan cuba untuk meminta agar arahan tersebut ditarik balik.

“Kepada semua pembaca setia kami, anda boleh meneruskan sokongan anda melalui portal digital kami iaitu theedgemarkets.com, theedgeproperty.com,themalaysianinsider.com dan edgy.com,“ kata Ho.

The Edge akan cuba meneroka pilihan berbentuk digital lain untuk menyebarkan maklumat kepada orang ramai.

"Kepada para pengiklan, kami harap anda terus menyokong kami melalui medium digital, memandangkan kami tidak dibenarkan untuk mencetak selama 3 bulan," ujarnya.

Kumpulan Media The Edge Malaysia mempunyai 350 orang kakitangan. - HARAKAHDAILY 24/7/2015

Share on Myspace