Briged Al-Qassam akan latih 25,000 pejuang baru di Gaza

HARAKAHDAILY | .

BRIGED Izzuddin Al-Qassam, sayap bersenjata Palestin Hamas, telah mendirikan kem-kem baru di Jalur Gaza dengan tujuan melatih 25,000 pejuang baru, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan itu, semalam.

Dalam kenyataan itu, Al-Qassam mengatakan kem dibentuk dengan tujuan memberi latihan kepada pejuang sehingga mereka boleh dan bersedia untuk memenuhi kewajibannya mengobarkan pertempuran melawan Israel dan pembebasan Palestin, lapor Anadolu Agency.

Menurut kenyataan Al-Qassam, para peserta latihan yang usianya berbeza-beza antara 15 hingga 60 tahun akan diajar taktik ketenteraan, pertahanan awam dan pertolongan pertama, bersama dengan moral dan nilai-nilai Islam.

Ini adalah tahun ketiga secara berturut-turut Briged Al-Qassam mengumumkan penubuhan kem tentera untuk tujuan latihan bagi rekrutan pejuang terbaru.

Tahun lalu, kira-kira 17,000 warga Palestin, kebanyakan dari Jalur Gaza dilaporkan menjalani latihan di kem-kem yang ditubuhkan oleh kumpulan perjuangan Hamas. - Islampos

Share on Myspace