Serang Al-Aqsa: Hamas isytihar perang zionis Israel

HARAKAHDAILY | .

Harakat al-Muqawwamatul Islamiyyah (Hamas) mengisytiharkan perang secara rasmi dengan kerajaan Zionis Israel, pasca penyerbuan dan kemusnahan Masjid Al-Aqsa yang dilakukan pengganas Yahudi pagi semalam.

Dalam kenyataan selang beberapa jam selepas serangan di Masjid Al-Aqsa itu, jurucakap Hamas, Dr Sami Abu Zuhri menegaskan, pejuang Palestin tidak akan berpangku tangan atas pelanggaran salah satu tempat suci ketiga umat Islam di dunia dengan merujuk kemungkinan konfrontasi ketenteraan dengan penjajah Zionis Israel.

"Penyerbuan dan perosakan Masjid Al-Aqsa adalah peningkatan serius dari penjajah Zionis untuk meyahudisasi masjid. Dan kami menyeru kerajaan dan puak pejuang untuk mengangkat tangan melindungi tempat-tempat suci bagi umat Islam," ujarnya dipetik laman Eramuslim.

Dilaporkan 17 Muslim Palestin cedera dan 3 yang lain ditangkap oleh petugas Zionis Israel dalam kejadian itu yang dicetuskan oleh rempuhan 120 warga Yahudi yang diketuai Menteri Pertanian Zionis Israel Uri Ariel untuk memperingati hari kejatuhan Haykal Sulaiman.

Berikut beberapa foto kesan rempuhan pengganas Yahudi itu.

Share on Myspace