Inilah sejarah yang tercatat dalam PAS - Idris

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Islam marah kepada orang yang melampau dalam tindakan kerana Islam suka kepada kesederhanaan.

Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, sikap melampau nafasnya tidak panjang di dalam perjuangan.

Menurutnya, apabila cita-citanya tidak tercapai akhirnya kembali ke pangkuan parti yang mereka musuhi selama ini.

"Inilah sejarah yang tercatat di dalam PAS," ujarnya.

Menerusi tulisan di facebook, beliau menyatakan sememangnya kita lupa apa yang dinasihatkan kepada orang lain.

"Memang kita lupa apa yang kita nasihat kepada orang lain. Tetapi orang lain ingat apa yang kita ungkapkan.

"Marilah kita melatih diri kita supaya bercakap dari keluhuran hati, baru ia memberi bekas kepada diri kita dan juga kepada pendengar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Bagaimanapun, beliau mengakui memang sukar untuk berbuat demikian.

"Saya akur memang susah, tetapi ini satu kewajipan kepada kita," ujar beliau seterusnya. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Share on Myspace