Singkir Muhyiddin, Najib berani ambil risiko

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin tidak mahu percaya berita yang disebarkan oleh beberapa portal mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yassin akan disingkirkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dalam penyusunan semula kabinet yang akan berlaku pada bila-bila masa sahaja.

Katanya, amaran-amaran kepada Muhyiddin telahpun diberikan oleh blog-blog Umno dan juga Speaker Sabah, Salleh Said Keruak dan sebuah NGO yang memperkecil Muhyiddin sebagai melakukan beberapa kegagalan sebagai Menteri Pelajaran dan mempersoalkan kesetiannya terhadap Najib.

"Takkan Speaker Sabah begitu berani sekali menghina dan mencabar Muhyiddin supaya berhenti jika beliau tidak mendapat signal," tulis beliau dalam blognya.

Menurutnya, jika spekulasi ini berlaku maka nyatalah Datuk Seri Najib Razak nekad dan berani mengambil risiko paling tinggi yang akan melibatkan masa depan Umno dan negara demi untuk survivalnya.

"Saya harap berita ini tidak benar," ujarnya yang lebih dikenali dengan panggilan Zam. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Share on Myspace