Google hapus aplikasi Hamas dari sistem android

HARAKAHDAILY | .

Syarikat gergasi Google kembali menampakan wajah anti-Islamnya setelah memadam aplikasi android milik Ḥarakat al-Muqāwamah al-ʾIslāmiyyah (Hamas) dalam laman Google Store, Sabtu lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Yisrael Home dalam terbitannya pada Ahad lalu menyatakan aplikasi milik Hamas yang menceritakan sejarah perjuangan mereka telah dipadam pihak Google pada jam 22.00 malam Sabtu.

Menurut akhbar kenamaan Zionis Israel itu menyatakan bahawa pihak Google sengaja memadam apilkasi android milik Hamas yang digunakan untuk mempererat komunikasi dengan penyokong mereka.

Google beralasan bahawa apilkasi itu dianggap menyebarkan kebencian, perkauman serta kekerasan terhadap suatu kumpulan.

Dasar yang dianggap sangat memilih-milih oleh pihak Google setelah dengan alasan yang sama mereka enggan menutup aplikasi yang mengandungi provokasi serangan terhadap umat Islam ataupun menghina sosok Nabi Muhammad ﷺ. - Eramuslim.com

Share on Myspace