Al-Qassam buka latihan ketenteraan pemuda Palestin

HARAKAHDAILY | .

BRIGED Izzuddin Al-Qassam pada pagi Sabtu lalu secara rasmi membuka latihan ketenteraan kepada dua barisan 'Pelopor Pembebasan' yang akan diadakan selama seminggu di Jalur Gaza, Palestin.

Seperti yang dilaporkan oleh wartawan agensi berita Shorouk dalam laporannya pagi kelmarin menyatakan bahawa kira-kira 25,000 pemuda Palestin berasal dari Jalur Gaza mengikuti latihan pada tahun ini.

Menurut maklumat rasmi Briged Izzuddin Al-Qassam dalam acara pembukaannya menyatakan bahawa tahun ini latihan dibahagikan kepada tiga kumpulan, yang pertama adalah golongan berusia dari 15 hingga 17 tahun, kategori kedua berusia 18 hingga 25 tahun, dan kategori bagi mereka yang berusia 25 tahun ke atas.

Briged Izzuddin Al-Qassam menjelaskan bahawa latihan itu bertujuan mewujudkan generasi Palestin yang membawa budaya perjuangan dan mampu memikul tanggungjawab Pembebasan Palestin daripada penjajahan Israel, lapor laman Eramuslim.

Latihan sendiri mengajar kemahiran-kemahiran ketenteraan seperti bela diri, menembak peluru tajam, kursus pertahanan awam dan pertolongan pertama, serta tsaqofah dan akhlak Islami sebagai bekal agama.

Pendaftaran sendiri telah dibuka Briged Izzuddin Al-Qassam sejak tanggal 12 Jun lalu.

Dilaporkan sekitar 17,000 pemuda Palestin di Jalur Gaza mengikuti kem "Pelopor Pembebasan" pertama pada tahun 2014 lalu.

Share on Myspace