PAS mampu tarik sokongan bukan Islam tanpa DAP

SALMAH MAT HUSAIN | .

KOTA BHARU: PAS berkeyakinan tanpa kerjasama DAP dalam Pakatan Rakyat parti itu mampu menarik sokongan rakyat termasuk masyarakat bukan Islam.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, sebelum wujud gabungan itu PAS sudah lama bertapak dalam politik negara.

Katanya, PAS boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja selagi tidak mengadaikan prinsip asal perjuangan PAS sejak diwujudkan.

“Kerajaan Kelantan masih dalam proses melaksanakan perundangan Kanun Jenayah Syariah bagi membolehkan rang undang-undang mengenainya dibawa ke persidangan parlimen September nanti.

“Kita akan tengok perkembangan macam mana. Selepas itu barulah kita akan tentukan apa yang perlu kita dibuat.

“Ini kerana ia agenda utama kerajaan PAS Kelantan sejak dulu lagi mendaulatkan perundangan Islam,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Raya Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan di Perdana Resort hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan Ketua Pegawai Eksekutif PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail. - HARAKAHDAILY 28/7/2015

Share on Myspace