Tingkat 9 dan 10 Menara Dua Bukit Aman terbakar - Polis

BERNAMA | .

 (Foto dipetik blog Anak Sungai Derhaka)

KUALA LUMPUR: Kebakaran berlaku di tingkat sembilan dan 10 Bangunan Menara Dua, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini Rabu.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) PDRM Datin Asmawati Ahmad berkata kebakaran itu berlaku pada kira-kira 5.20 petang.

"Tingkat sembilan adalah bahagian Jabatan Narkotik, manakala tingkat 10 adalah Jabatan Siasatan Jenayah," katanya.

Sementara itu, wartawan Bernama yang berada di tempat kejadian, melaporkan kebakaran telah dipadamkan pada 8 malam oleh anggota polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat. - Bernama

Share on Myspace