PAS tidak boleh bertahan jika sebagai parti politik sahaja

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "PAS tidak boleh bertahan lama jika hanya bergerak sebagai sebuah parti politik sahaja," kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Menurutnya, PAS mampu bertahan sejak tahun 1951 kerana ia juga bergerak sebagai sebuah gerakan Islam yang tidak kira musim dan masa.

"Ia bukan bergerak pada musim pilihan raya sahaja, tetapi sepanjang masa," ujarnya menerusi laman facebook.

Beliau berkata, apabila tutup peti undi pada hari pilihan raya, PAS terus menjalankan aktiviti dakwah dan tarbiah secara berterusan.

"Jamaah kita mesti kuat dan tersusun," ujar beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang itu.

Justeru, ujar beliau ahli dan pemimpinnya pula mesti berusaha untuk melengkapkan diri sebagai seorang yang berperibadi mulia dan cakna kepada permasalahan rakyat.

Ini, katanya kerana apabila parti kuat akan dihormati kawan dan lawan.

"Jika parti kita kuat, kawan dan lawan akan menghormati kita. Jika berlaku sebaliknya, kita akan hilang izzah pada pandangan masyarakat," tambahnya. - HARAKAHDAILY 30/7/2015

Share on Myspace