Tak pernah tanya apa PAS boleh beri kepada mereka

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ahli PAS sanggup menghabiskan harta dan wang ringgit demi perjuangan parti, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Mereka tidak pernah bertanya apa yang PAS boleh beri kepada mereka," ujarnya.

Beliau berkata, tidak ada di dalam hati mereka untuk menjadi calon, ahli majlis, ketua kampung dan seumpamanya.

Menurutnya, mereka hanya mahu Islam ditegak sebagai cara hidup yang lengkap.

"Jangan pula setelah menang kita kata ini hak peribadi. Kecil hati mereka," tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu. - HARAKAHDAILY 31/7/2015

Share on Myspace