Pemuda PAS Kelantan adakan Kempen Baca Harakah

HARAKAHDAILY | .

KOTA BHARU: Kempen Baca Harakah diadakan oleh Lajnah Penerangan dan Media Baru Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) bertempat di Pasar Batang Pinang, di sini.

Pasar ini menempatkan puluhan peniaga berbangsa Tionghua dan menjadi tumpuan para pelanggan dari bangsa tersebut untuk mendapatkan keperluan harian.

Kempen ini dilaksanakan dengan membahagikan secara percuma ratusan naskhah Harakah di samping bertanya khabar dan bertukar-tukar pandangan berhubung isu-isu politik dan perkembangan semasa tanah air.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari mengetuai kempen ini bersama-sama semua ahli Dewan Harian DPPNK.

Menurut Ketua Penerangan DPPNK, Nazman Che Ibrahim kempen itu akan dijalankan di semua kawasan di negeri Kelantan bagi membantu aktiviti penerangan khususnya memberikan maklumat sebenar berhubung PAS yang sering dikelirukan oleh sumber-sumber yang tidak bertanggungjawab. - HARAKAHDAILY 31/7/2015

Share on Myspace