Polis N9 siasat kes rakaman video babit MB

| .

KUALA LUMPUR: Polis Negeri Sembilan telah membuka kertas siasatan berhubung kes rakaman audio yang memfitnah Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah ACP Nor Azman Muhammad Yusof berkata siasatan telah dimulakan semalam.

"Sejumlah 32 laporan polis berhubung rakaman audio tersebut telah diterima oleh pihak polis dan siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana melakukan fitnah," katanya dalam satu kenyataan ringkas Jumaat.

Semalam, Mohamad dalam satu kenyataan ringkas telah menafikan bahawa rakaman audio yang mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah suaranya.

Mohamad menegaskan yang dia tidak ada kena mengena dengan rakaman audio tersebut dan pengakuan yang dibuat oleh individu dalam rakaman video berdurasi 1.54 minit itu. -Bernama
Share on Myspace