Mesir tahan 200 anggota Ikhwan dalam seminggu

HARAKAHDAILY | .

Pasukan keselamatan telah menangkap 19 anggota Ikhwanul Muslimin dalam operasi keselamatan terbaru, sehingga jumlah anggota kumpulan itu yang ditahan selama seminggu terakhir menjadi 200 orang, menurut Kementerian Dalam Negeri Mesir.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, kementerian mengumumkan bahawa dalam 24 jam terakhir saja sudah 19 anggota Ikhwan ditahan atas tuduhan menghasut tindakan kekerasan, lapor Anadolu Agency.

Ikhwanul Muslimin, kumpulan asal dari mantan Presiden Muhammad Mursi, dicap sebagai organisasi pengganas oleh kerajaan Mesir pada akhir tahun 2013.

Mesir sendiri dilanda kegawatan sejak tentera menggulingkan Mursi, presiden pertama yang dipilih secara demokratik di negara itu pada pertengahan 2013 .

Dalam lebih dari dua tahun sejak digulingkan Mursi, kerajaan Mesir telah melancarkan tindakan keras tanpa henti terhadap perbezaan pendapat politik yang membunuh ratusan dan menahan puluhan ribu orang. [Islampos]

Share on Myspace