Pandangan yang merosakkan masa depan parti

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Jika ada berpandangan bahawa tarbiah tidak penting suatu perkara yang menyeleweng di dalam perjuangan, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Jika ada yang berpandangan sedemikian maka ini akan merosakkan masa depan parti," ujarnya.

Menurut beliau, musibah akan menimpa kepada jentera parti, kerana tidak ada siapa yang rela untuk mewakafkan diri kepada jentera parti.

Ini juga, katanya kerana tidak ada rasa satu kewajipan untuk menggerakkan kerja jamaah.

Beliau turut menyentuh mengenai manusia yang jahil dalam bidang agama atau keduniaan yang akan menjadi penyokong tegar kepada penguasa yang zalim dan menjadi pendinding kepada pemerintah untuk menegakkan kuasa.

Menurutnya, mereka diumpan dengan sedikit walaupun menderita berabad lama-lamanya.

"Hati mereka gelap kerana disumbat dengan benda dan dijauhkan dengan ilmu. Tugas kita berdakwah," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang. - HARAKAHDAILY 3/8/2015

Share on Myspace