Orang sombong tidak boleh pergi jauh

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang yang beriman merasakan dirinya kuat walaupun di tangannya tidak ada senjata, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

"Dia menjadi orang yang bercukupan dan kaya walaupun tidak ada timbunan harta, dia menjadi mulia walaupun di belakangnya tidak ada keluarga dan pengikut yang banyak," tulisnya menerusi facebook.

Tambahnya, orang yang beriman berdiri teguh walaupun bahtera kehidupan telah bergoncang dan dikepung ombak dari segala penjuru.

Sementara itu, katanya orang sombong tidak boleh pergi jauh dalam apa-apa kedudukan sama ada di dalam jamaah atau masyarakat.

Menurutnya, tidak ada manusia yang waras boleh menerima seorang yang sombong dan angkuh.

"Sikap ini meliarkan manusia untuk menghampirinya," tambah Ahli Parlimen Bukit Gantang itu lagi. - HARAKAHDAILY 6/8/2015

Share on Myspace