Semua dijemput hadir rumah terbuka PAS esok

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS akan mengadakan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Idulfitri 1436H pada hari Sabtu, 8 Ogos bertempat di dataran Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar bermula jam 1 petang hingga 4 petang.

"Selain ahli-ahli PAS, kita juga menjemput juga rakan-rakan media, wakil parti-parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO) serta kedutaan-kedutaan yang ada di negara ini," ujar Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.

Katanya, PAS telah sekian lama mendukung tema ‘PAS Untuk Semua’ ingin menjemput semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum tanpa mengira fahaman politik hadir ke rumah terbuka sempena Idulfitri tahun ini, esok.   

Tambahnya, adalah diharapkan semua pemimpin-pemimpin politik dan NGO daripada pelbagai fahaman politik sama ada dari kalangan pembangkang atau kerajaan dapat bersama-sama meraikan sambutan Aidilfitri.

"Kami akan sambut semua yang hadir dan menikmati juadah yang disediakan dengan seadanya.

"Apa yang penting kepada kami adalah silaturahim antara PAS dengan semua pihak terus terjalin kukuh," ujarnya. - HARAKAHDAILY 7/8/2015

Share on Myspace