Inilah dilema SPRM nak buat kerja betul

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Inilah dilema Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang hendak buat kerja betul, lepas itu disiasat pula oleh polis," ujar Nab Presiden AS, Ustaz Idris Ahmad.

Sehubungan itu, beliau secara sinis mempersoalkan apakah SPRM hanya boleh menyiasat untuk rasuah di bawah pokok atau di kedai kopi sahaja.

"Insya Allah, Allah bersama dengan orang yang adil," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Dua hari lepas, Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin bersumpah dengan nama Allah akan mencari dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu.

“Demi Allah saya akan cari dalang dalang yang mengarahkan (penahanan) ini sehingga ke lubang cacing," katanya dipetik portal Malaysiakini.

Justeru, Idris memohon kepada Allah agar memberi kekuatan dan ketabahan kepada pegawai SPRM yang menjalankan tugas untuk rakyat.

"Hari ini, hari Jumaat sama-sama kita memohon kepada Allah agar memberi kekuatan dan ketabahan kepada pegawai yang menjalankan tugas yang baik untuk negara dan rakyat," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/8/2015

Share on Myspace