Teliti laporan sebelum ambil tindakan ahli terlibat GHB

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatan Kuasa PAS Pusat hari ini belum membuat sebarang keputusan terhadap ahlinya yang terlibat dalam Gerakan Harapan Baru (GHB) kerana sedang menerima laporan hampir dari setiap negeri.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, sehingga kini mereka masih menerima laporan dan ia perlu diteliti dengan sebaik mungkin.

Beliau berkata, setiap laporan yang diterima perlu dikaji terlebih dahulu mengikut prosedur sebelum diambil sebarang tindakan.

"Kita kena lihat kes demi kes sejauhmana tindakan mereka mengundang kerosakkan parti.

"Prosedur kita terima laporan, masa untuk menjawab dan kemudian kita panggil. Buat kajian dulu supaya tidak terburu-terburu,"katanya.

Tambahnya, sekiranya GHB  sebuah parti dan ahli PAS menyertainya automatik keahlian PAS mereka akan terlucut.

Turut bersama dalam sidang media di KUIZM Naib Presiden Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Abdullah  dan Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan. – HARAKAHDAILY 8/8/2015

Share on Myspace