PAS konsisten tuntut p'raya yang bersih dan adil

SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS konsisten dalam menuntut pilihan raya yang bersih dan adil sebagaimana yang dituntut oleh rakyat negara ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Ibrahim kepada media sebaik sahaja selesai Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuizm hari ini.

Tambahnya, PAS juga menuntut perubahan dalam kerangka undang-undang negara berdasarkan akta himpunan aman.

Sehubungan itu, jelas beliau, PAS menyokong dan bersetuju dengan tuntutan Bersih 4.0.

Justeru, katanya PAS Pusat juga memutuskan Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan Timbalan Pesuruhjaya 1 Wilayah Kamaruzaman Mohamad sebagai mewakili parti di dalam jawatankuasa Bersih 4.0.

Himpunan Bersih 4.0 dijangka akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini. – HARAKAHDAILY 8/82015

Share on Myspace