Majlis Rumah Terbuka PAS 2015 meriah

SALMIYAH HARUN|FOTO NASIR SUDIN | .

KUALA LUMPUR: Majlis Rumah Terbuka PAS 2015 yang sedang berlangsung di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (Kuizm) cukup meriah dengan celoteh juruhebah dan persembahan daripada Amal Akustika.

Jika sebelum ini para tetamu didendangkan dengan lagu raya tetapi berlainan hari ini didendangkan persembahan 'live' oleh kumpulan Amal Akustika yang dikepalai oleh Khairul Faizi.

Persembahan Dikir Barat Jendoro dan Man John and Geng turut menghiburkan dengan dendangan lagu hindi yang diminati ramai Kuch Kuch Hota Hai.

Para tetamu juga dipelawa untuk 'selfie' dengan pimpinan PAS di satu sudut yang dibuat khas di hadapan pintu masuk Kuizm.

Duit raya kepada tetamu cilik tidak pernah dilupakan. Sebaik sahaja Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang bersedia memberi duit raya kanak-kanak cepat-cepat beratur di hadapan beliau.

Celoteh juruhebah menarik perhatian tetamu apabila beliau secara spontan mengajukan soalan kepada pemimpin yang terlintas di hadapanya.

Antara yang ditemui beliau ialah Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man yang diminta untuk mendendangkan lagu.

"Saya memang bercadang untuk nyayikan lagu tadi, memandangkan saya tengok cuaca agak mendung saya bimbang hujan lebat turun," balas Tuan Ibrahim seloroh yang diikuti gelak tawa para tetamu yang hadir.

Manakala Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan yang agak segan untuk menyanyi apabila diminta oleh juruhebah.

"Saya tak pandai nyanyi," ujar Nasrudin sebaliknya terus melancarkan sebuah buku kecil "Islam Penyelamat Ummah" yang mengandungi isu-isu semasa termasuk Tabung Haji, Mara, 1MDB, GST sebagai rujukan.

Pelbagai jamuan yang disediakan antara yang istimewa ialah kambing golek tujuh ekor, dua ekor rusa, aiskrim dan 50,000 cucuk sate antara juadah yang tidak pernah dilupakan.

Nasi dagang 50 gantang dengan lauk gulai ikan tongkol, laksa, nasi impit, mi goreng dan kuih muih yang enak tidak mengecewakan para hadirin.

Majlis yang dimulakan jam 1 tengah hari hingga 4 petang turut dihadiri wakil daripada PKR dan beberapa NGO. - HARAKAHDAILY 8/8/2015

Share on Myspace