Pemimpin khianati rakyat sentiasa diburu ketakutan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pemimpin yang khianat kepada rakyat paling takut berada di dalam sistem yang adil, kata Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya jiwa mereka tidak tenang kerana sentiasa diburu ketakutan.

"Perasaan malu sudah tiada, apa yang penting nafsu serakah tercapai. Langkah mereka tempang, ucapan penuh dengan dusta," ujarnya menerusi facebook.

Tambah beliau, perlakuan mereka tidak waras sehingga boleh menggugat keselamatan rakyat.

Menyentuh mengenai istiqamah, Ahli Parlimen Bukit Gantang itu menyatakan ia mestilah dengan ilmu.

"Salah satu cara untuk kita istiqamah mestilah dengan ilmu," jelasnya.

Menurunya, ilmu yang dibaca dengan nama Allah boleh membezakan antara hak dan batil.

"Ia akan mendekatkan diri kepada Allah dan akan membimbing kita ke jalan Allah," ujarnya lagi.

Beliau menambah, semakin tawaduk bukan semakin angkuh dengan Allah dan makhluk.

"Ia akan memberi kita faham erti agama dan perjuangan. InsyaAllah buahnya ialah istiqamah," katanya. - HARAKAHDAILY 9/8/2015

Share on Myspace