Dr Wahbah al-Zuhaily: Perginya permata ummah

HARAKAHDAILY | .

Pada pagi yang mulia ini, 9 Ogos 2015 bersamaan 24 Syawal 1436H, kami menerima berita yang telah disahkan dan disemak berkenaan pemergian guru yang kami kasihi, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr Mustafa Wahbah al-Zuhaily ke rahmatullah setengah jam sebelum fajar.

Semoga Allah mengampuni dosanya dan menempatkannya bersama dengan para siddiqin, syuhada' dan solihin.  

Kami tidak ingin mengatakan apa-apa kecuali yang diredhai berkenaannya.

Ya Syaikhana, sesungguhnya pemergianmu membuatkan diri ini teramat sedih. Inna lillahi wa inna ilaihi raj'iun.

Dengan ini kami mengambil kesempatan untuk menyeru kepada seluruh umat Islam di Malaysia untuk mengerjakan solat jenazah ghaib kepada guru kami, Fadhilat al-Syeikh al-Allamah Dr. Mustafa Wahbah al-Zuhaily. AlFatihah. Sekian, terima kasih.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan.

Share on Myspace