Pemergian ulama ummah, Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili

HARAKAHDAILY | .

وفاة الشيخ وهبة الزحيلي في دمشق

صدق رسول الله صلى الله عليه وسلم إذ قال فيما رواه الإِمام مسلم عن عبدالله بن عمرو بن العاص:
( إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنَ النَّاسِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يَتْرُكْ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا )
ينعي جناح العلماء بالحزب الإِسلامي الماليزي بقلوب حزينة مفعمة بالرضا بقدر الله شيخنا الجليل فضيلة العلامة الزاهد الدكتور وهبة الزحيلي، أبرز علماء هذا العصر فقها وأصولا وتفسيرا.
وقد توفي شيخنا الفاضل مساء يوم أمس السبت الثامن من أغسطس عن عمر ناهز 83 عاماً.
و قد تلمذ عليه ألوف من علماء الأمة، واستفاد منه المسلمون شرقا وغربا بعشرات مؤلفاته الماتعة الثمينة النافعة التي أثرت المكتبة الإسلامية. فنسأل الله أن يكون كل من ذلك في ميزان حسناته، رحمه الله وأسكنه فسيح جناته.
وهو عالم متواضع، مدافع عن الحق، خلوق، فيه من شيم الصالحين ما فيه…
ومن جهوده انه كان رئيساً في اللجنة الثقافية العليا ورئيساً للجنة المخطوطات بجامعة الإمارات، وأنشأ مجلة الشريعة والقانون في جامعة الإمارات، كما أنه كان رئيسا لقسم الفقه الإسلامي بجامعة دمشق وعضوا لمجامع العلمية المختلفة بصفته خبيرا في مكة وجدة والهند وأمريكا والسودان. فتقديرا لجهوده العظيمة للإسلام وأمته منحت الحكومة الماليزية سنة 2008 في مدينة بوتراجايا جائزة أفضل شخصية إسلامية في حفل استقبال السنة الهجرية، فنتقدم لأهله وطلابه في ماليزيا والعالم كله بالعزاء.
تغمده الله بواسع رحماته وأكرم نزله ووسع مدخله وأعلى مقامه في علين مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين جزاء ما قدم وأعطى، وعلم ونصح، وخدم فأوفى ، وألف فنما.
أخوكم،
الدكتور محمد خيرالدين بن أمان رزالي التاكري
رئيس الإعلام بجناح العلماء للحزب الإسلامي الماليزي
و عضو مجلس شورى العلماء بالحزب الإسلامي الماليزي

Rasulullah s.a.w. bersabda dalam Hadis Sahih Muslim bermaksud; "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan menanggalkannya daripada manusia tetapi Dia mencabut ilmu dengan mematikan para Ulamak sehingga akhirnya tidak tinggal lagi seorang pun orang berilmu, orang ramai mula mengambil ketua-ketua yang jahil lalu mereka ditanya pelbagai persoalan lantas mereka memberi pandangan tanpa ilmu lalu mereka menjadi sesat dan menyesatkan".

Dewan Ulamak PAS Pusat dengan penuh kesedihan mengucapkan takziah kepada seluruh ummah atas pemergian tokoh Ulamak Ummah, Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili malam semalam, Sabtu 8hb Ogos 2015 pada umur 83 tahun.

Beliau menjadi guru kepada ribuan ulamak ummah. Jutaan umat Islam di Timur dan Barat mendapat manfaat besar menerusi puluhan tulisan dan karya beliau yang memenuhi khazanah buku Islam.

Antara siri karya terbesar beliau yang tersebar di seluruh alam ialah Ensiklopedia Fiqh Islam beserta Dalil dan Tafsir al-Munir. Kita mendoakan agar semua usaha beliau dimasukkan sebagai sebahagian neraca amal kebaikan beliau.

Beliau merupakan seorang alim yang tawaduk dan tegas dalam mempertahankan kebenaran. Antara usaha besar beliau ialah sebagai Ketua Lajnah Pengetahuan Am, Ketua Lajnah Manuskrip dan mengasaskan Jurnal Akademik Syariah dan Undang-undang di Universiti Emeriyah di samping jasa sebagai Ketua Jabatan Fiqh Islam di Universiti Damsyik dan anggota bagi pelbagai akademi ilmu di Mekah, Jeddah, India, Amerika dan Sudan sebagai seorang pakar.

Sebagai menghargai ilmu dan usaha gigih beliau untuk ummah, Kerajaan Malaysia telah menganugerahkan beliau Anugerah Tokoh Ma'al Hijrah pada tahun 2008.

Dr. Wahbah dilahirkan di perkampungan Dir 'Atiyyah, Damsyik pada tahun 1932. Beliau bergraduan Universiti al-Azhar dengan keputusan paling cemerlang pada tahun 1956. Kemudian beliau mendapat ijazah pengkhususan pendidikan daripada Fakulti Bahasa Arab, Universiti al-Azhar. Beliau juga berkelulusan sarjana muda undang-undang di Universiti Ain Syams pada tahun 1957, Majester Undang-undang di Universiti Kaherah pada tahun 1959 dan PhD dalam Pengajian Syariah Islamiyyah pada tahun 1963 dengan pangkat kelas pertama.

Moga Allah ganjari beliau dengan yang terbaik dan menempatkan beliau bersama para Nabi, Siddiqin, Syuhada' dan Solihin. Moga kita juga boleh menurut jejak kebaikan beliau. Aamin ya Rabb.

Sekian.

Dato' Dr Mohd Khairuddin bin Aman Razali at-Takiri
Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahad 24 Syawal 2014 H / 9hb Ogos 2015. 7.30 pg, Istanbul, Turki. (sempena mesyuarat penubuhan Forum Keadilan dan Demokrasi)

Share on Myspace