Hamas sambut baik Turki terima pelarian Palestin

HARAKAHDAILY | .

BAHAGIAN pelarian Ḥarakat al-Muqāwamah al-Islāmiyyah (Hamas) menyambut baik keputusan Turki untuk menerima pelarian Palestin dari Syria, demikian seperti yang dilaporkan oleh PIC, semalam.

Hamas menyatakan bahawa langkah Turki tersebut akan meringankan penderitaan mereka.

Selain itu, mereka merasa masih ada rasa kemanusiaan yang ditunjukan oleh negara-negara sahabat.

Hamas juga mengimbau negara-negara jiran Syria, yang menerima pelarian Palestin untuk menyediakan rawatan yang baik sama dengan pelarian lain sehingga kesukaran mereka berakhir .

Sebelumnya, Turki menyatakan kesediaannya untuk menerima pelarian Palestin dan melayan mereka sama dengan para pelarian yang lain, demikian PIC. (Islampos)

Share on Myspace