Percetakan Nasional Malaysia bakal diswastakan

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Percetakan Nasional Malaysia Bhd (PNMB) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri, bakal diswastakan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini
    
Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, ketika ini pihaknya menyerahkan kepada Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk menilai beberapa tawaran yang diterima berhubung penswastaan agensi itu.
    
"Kita serahkan kepada UKAS untuk meneliti dan mengemukakan kepada jemaah menteri untuk buat keputusan sebelum prosedur yang lain termasuk urusan tandatangan perjanjian," katanya dipetik laporan Bernama.

Share on Myspace