Sekatan Israel: Kematian bayi Palestin meningkat

HARAKAHDAILY | .

Badan Bantuan dan Pekerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) menyatakan bahawa sekatan Zionis Israel sejak akhir tahun 2006 lalu telah menyebabkan angka kematian bayi di Jalur Gaza naik untuk pertama kalinya sejak lima puluh tahun terakhir.

Kenyataan ini diungkapkan pengarah program kesihatan UNRWA, Akihiro Saata, dalam sebuah sidang akhbar di Jalur Gaza pada hari minggu, kelmarin.

"Angka kematian bayi merupakan salah satu petunjuk kesihatan terbaik bagi yang dapat menjadi acuan kesihatan suatu bangsa," ujar Akihiro Saata dipetik laman web Eramuslim.

Akihiro Saata menamba, "Kami sangat bimbang kesan jangka panjang dari pengepungan Zionis Israel bagi infrastruktur, kesihatan dan penyediaan ubat-ubatan serta peralatan perubatan di Gaza yang secara tidak langsung boleh mempengaruhi angka kematian anak."

Menurutnya memang sangat sukar untuk menentukan punca sebenar kematian bayi pada usia awal, akan tetapi pencegahan perlu diusahakan yang terbaik untuk mencegah kematian bayi menjadi fenomena yang lebih luas.

Berikut data terkini yang diperoleh dan dikeluarkan UNRWA mengenai angka kematian bayi di Jalur Gaza bagi setiap 5 tahun;

Pada tahun 1960 tahap kematian anak di Jalur Gaza mencapai 127 anak perseribu kelahiran.

Pada tahun 2008 angka ini turun menjadi 20.2 bayi perseribu kelahiran.

Sedangkan pada tahun 2013 lalu angka kematian meningkat kepada 22.4 perseribu bayi

Sementara itu angka kematian bayi yang berusia belum genap 4 minggu meningkat daripada 12 kematian bagi setiap seribu bayi pada tahun 2008, menjadi 20.3 perseribu bayi pada tahun 2013.

Share on Myspace