Kongres Rakyat platform terbaik bincang isu p'raya

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pendukung dan Pencinta Ulamak (Geng Ustaz) menyokong cadangan PAS yang mengambil inisiatif untuk mengadakan Kongres Rakyat bagi memfokuskan isu pilihan raya dan sistem demokrasi di Malaysia.

"Geng Ustaz meyakini Kongres Rakyat ini adalah satu ruang dan platfom yang amat baik untuk dijadikan salah satu saluran bagi membincang dan mencadangkan jalan penyelesaian dalam aspek-aspek yang berkaitan pilihan raya dan proses demokrasi," ujar Setiausaha Kehormat Geng Ustaz, Wan Hairul Anuar Abdullah.

PAS mengumumkan satu inisiatif untuk menganjurkan Kongres Rakyat yang menghimpunkan pelbagai pihak bagi menyalurkan pandangan dan idea ke arah memperbaiki sistem pilihan raya dan demokrasi dalam negara ini.

PAS adalah parti yang sentiasa konsisten dan tidak pernah berganjak menuntut sistem pilihanraya dan proses pemilihan kerajaan dalam negara ini agar telus, adil dan bersih.

PAS yang sudah diketahui umum berdepan dengan pilihan raya 13 kali, PAS sentiasa bersama rakyat ingin melihat sistem dan proses demokrasi berjalan dengan adil dan saksama tanpa sebarang penyelewengan demi untuk menjaga maslahah dan kemakmuran negara.

Pilihan raya yang adil sahaja adalah satu jaminan kelangsungan kemajuan dan kebaikan kepada negara ini dan rakyatnya.

"Geng Ustaz juga akan bersama dan mentaati arahan PAS pada setiap langkah dan tindakan yang diambil dan mengajak semua ahli PAS beristiqamah dengan perjuangan ini hingga kemenangan," kata Wan Hairul Anuar lagi

Kongres itu dicadangkan diadakan pada 5 September ini di ibu negara. - HARAKAHDAILY 12/8/2015

Share on Myspace