Palestin: Khaled Mishaal temui Erdogan di Ankara

HARAKAHDAILY | .

KETUA Biro Politik Hamas Khaled Mishaal dikhabarkan bertemu Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di Ankara, semalam. Demikian dilaporkan oleh PIC.

Belum ada maklumat apa yang akan dibincangkan dalam mesyuarat mereka.

Sebelumnya, Mishaal bertemu Presiden Turki dalam kongres tahunan Parti Keadilan dan Pembangunan. Kedua-dua pihak membincangkan masalah Palestin dan cara untuk mengangkat pengepungan yang sukar di Gaza.

Mishaal juga baru bertemu dengan Menteri Luar Negeri Rusia Sergey Lavrov di Doha dan menerima jemputan rasmi untuk melawat Moscow.

Beberapa minggu sebelum ini, ketua Hamas itu melakukan lawatan ke Arab Saudi di mana beliau bertemu Raja Salman Bin Abdul Aziz.

Siri mesyuarat juga dilakukan oleh Mishaal dengan pegawai Eropah dan delegasi terutama bekas Utusan Timur Tengah juga mantan Perdana Menteri Inggeris, Tony Blair atas kemungkinan cara untuk menstabilkan gencatan senjata di Jalur Gaza yang disekat. [Islampos]

Share on Myspace