Pesawat Trigana Air dilaporkan hilang di Papua

BERNAMA | .

JAKARTA: Sebuah pesawat komersial Trigana Air yang membawa 54 penumpang termasuk lima anak kapal dilaporkan hilang di ruang udara Papua di Indonesia.

Media-media tempatan melaporkan pesawat jenis ATR 42 PK YRN dengan nombor penerbangan IL 267 itu berlepas pada 2.21 petang waktu tempatan dan dijadual tiba di Lapangan Terbang Oksibel pada 3.15 petang tadi.

Ketua Hubungan Masyarakat Polis Daerah Papua Rudolf Patrige dipetik sebagai berkata setelah pesawat itu gagal mendarat, pihak berkuasa mengesahkan ia telah terputus hubungan.

Beliau berkata berdasarkan data yang diperoleh, pesawat itu membawa 54 orang iaitu lima anak kapal dan 49 penumpang yang terdiri dari 44 dewasa, tiga kanak-kanak serta dua bayi.

Katanya pihak berkuasa sedang melancarkan operasi mencari dan menyelamat dan satu kenyataan daripada pihak berkuasa akan dikeluarkan, kelak. - Bernama

Share on Myspace