Adam Ahid ikon dakwah Bumi Kenyalang

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Almarhum Adam Ahid disifatkan ikon dakwah di Bumi Kenyalang. Hal ini kerana cukup gigih menjalankan kerja kerja dakwah sejak usia mudanya.

Demikia ditegaskan oleh Ustaz Mohammad Ibrahim atau UMC, Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat sesi 2015-2017 dalam satu kenyataannya hari ini.

“Meskipun sebelum menyertai PAS Almarhum telah memiliki darah pejuang agama Allah yang sejati.

“Sebaik menyertai PAS dan bertatih dengan gerakan Islam ini, walaupun sibuk dengan komitmen selaku pemimpin namun Allahyarham tidak pernah leka meneruskan usaha dakwah di bumi Kenyalang.

“Selaku Setiausaha Lajnah Dakwah PAS Pusat (LDPP) saya amat kagum dengan kegigihan beliau melayari usaha dakwah tanpa kenal jemu di negeri kelahirannya itu,” ujar Ustaz Mohammad.

NEKAD 7.0 antara program lajnah dakwah yang dijayakan bersama dengan kepimpinan Almarhum selaku Pesuruhjaya PAS Sarawak pada tahun 2015.

Ustaz Mohammad mewakili sekretriat LDPP kami mengucapkan takziah dan rasa sedih yang mendalam keoada keluarga Almarhum Adam Ahid yang telah kembali mengadap penciptanya tengah malam tadi.

Moga dia diperhitung Allah didalam golongan "Assaniqunal Awwalun" dlm pembangunan Islam dan dakwah d Sarawak .

“Moga Allah menghimpunkan rohnya bersama para Ambia', shuhada dan solihin. Kami amat merasai kehilangan tokoh dakwah di Bumi Kenyalang ini,” ujar Ustaz Mohammad lagi. – HARAKAHDAILY 17/8/2015

Share on Myspace