Progresif: Kalau tinggal dasar, PAS tak payah lawan Umno

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS sentiasa progresif dalam tindakan dan pemikiran sesuai dengan Islam yang sentiasa menggerakkan penganutnya ke hadapan bukan mundur ke belakang.

"Sebab itu PAS banyak melakukan ijtihad politik yang berdasarkan kepada nas syarak," jelas Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad.

Justeru, katanya, kalau hendak suruh PAS progresif sehingga meninggalkan asas sebenar, lebih baik PAS daripada awal tidak payah berlawan dengan Umno BN.

"Jangan pula kita berhujah, seolah-olah PAS kena melepaskan dari sudut hukum, kalau hendak berpolitik," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Ini, kata beliau dengan andaian kalau persoalan agama diambil kira maka sukarlah PAS hendak maju.

Menurutnya, mereka menganggap PAS, parti yang tidak sampai ke mana-mana, kerana perjuangan Islam tidak akan diterima.

Namun, beliau menegaskan PAS terus berjalan di atas landasan perjuangan yang telah digariskan, tanpa mempeduli apa tuduhan yang dilemparkan. - HARAKAHDAILY 18/8/2015

Share on Myspace